Dah lama mengidam nak buat kek tiramisu ni. Kali pertama buat kek tiramisu ni, agak kurang menjadi...tapi Alhamdulillah kali ke dua buat dah menjadi..suke...suke..=)
Ok, sebagaimana yang kita tahu kek tiramisu ni sememangnya sudah menjadi favorite penggemar-penggemar kek kopi. Bau kopinya yang harum menusuk hidung. Rasanya sangat sedap, makan sekali mesti nak lagi..
Terdapat banyak resepi-resepi tiramisu yang mudah dengan hanya menggunakan kek span biasa. Ida tak nak buat dengan menggunakan kek span biasa, tapi Ida nak buat kek tiramisu yang betul-betul dengan kek kopi yang sebenar.
Sumber inspirasi untuk resepi kek tiramisu ni, Ida tengok kat My Baking Workshop, tapi untuk kek tiramisu ni, Ida dah ubah suai mengikut citarasa sendiri mengikut keperluan bahan-bahan yang ada.hehe...
Ok, resepinya seperti dibawah ni.
Kek Span Kopi
Bahan-bahan:
- 140g gula kastor
- 15g ovalette
- 5 biji telur (gred A)
- 125g tepung kek/tepung superfine
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 75ml minyak masak
- 1 sudu teh emulco kopi
- 1 sudu teh serbuk nescafe
- 40ml air untuk emulco kopi dan nescafe
Cara-cara:
- Satukan ovalette dengan gula kastor dan pukul bersama dengan telur yang dimasukkan satu persatu ke dalam mangkuk adunan sehingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung superfine dan serbuk penaik (diayak terlebih dahulu). Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan campuran emulco kopi dan serbuk nescafe yang dibancuh dengan air. Pukul sekata.
- Akhir sekali, masukkan minyak masak dan gaul secara kaup balik (jangan pukul).
- Masukkan adunan ke dalam loyang yang dialaskan dengan kertas pembakar kek.
6. Kemudian bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.
7. Setelah masak, keluarkan kek dan sejukkan.
Filling Keju
Bahan-bahan:
- 250g Keju Mascarpone (diganti dengan krim keju)
- 200ml non dairy whipping cream (brand rich's)
- 20gm gula castor
- 1 sudu besar gelatin (kacau dengan 20ml air panas sehingga kembang)
- 1 biji kuning telur
Cara-cara:
- Pukul whipping cream sehingga kental kemudian disimpan dalam peti ais seketika.
- Kemudian, pukul pula cream cheese/keju, kuning telur dan gula serta bancuhan gelatin sehingga sekata dan gebu.
- Kemudian masukkan whipping cream tadi sedikit demi sedikit dan gaul sekata menggunakan spatula. (jangan gunakan mixer kerana takot whipping cream menjadi cair overbeat).
Sirap kopi
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar serbuk nescafe (di bancuh dengan 80ml air panas)
Gabungan Kek, Filling keju dan Sirap kopi.
Cara-cara:
- Potongkan kek span kopi tadi kepada 2 atau 3 lapisan.
- Renjiskan bancuhan kopi/sirap kopi pada lapisan kek yang pertama sehingga lembab.
- Kemudian letakkan dan ratakan filling cheese/keju tadi sebagaimana yang dikehendaki.
- Ulangi langkah yang sama pada lapisan kek ke-2 dan ke-3..
- Untuk lapisan paling atas, ratakan lebihan keju hingga menutupi keseluruhan kek dan kemaskan.
- Selepas itu, simpan dalam peti ais lebih kurang 3 - 4 jam (sehingga filling keras sedikit).
Hiasan
Bahan-bahan:
- Strawberry
- Serbuk koko secukupnya
Cara-cara:
- Ayak serbuk koko menggunakan penapis dipermukaan kek sehingga sekata.
- Susun buah strawberi mengikut kreativiti tersendiri.
(Cara untuk menghias kek adalah terpulang kepada kreativiti tersendiri).
Dah siap..Ini la rupa kek tiramisu yang Ida buat...:)
Selamat Mencuba=)